Kerjaya kelab Marco_Reus

Borussia Mönchengladbach

Pada 25 Mei 2009, Reus menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab Bundesliga, Borussia Mönchengladbach. Pada 28 Ogos 2009, Reus menjaringkan gol liga pertamanya pada perlawanan menentang Mainz 05 selepas berlari secara solo sejauh 50 meter dan sejak itu, beliau menjadi penjaring gol berprofilik di bawah pengurus Lucien Favre. Pada permulaan musim 2011–12, Reus memulakan musim dengan langkah kanan dan menjaringkan tujuh gol dalam 12 perlawanan. Reus melanjutkan kontraknya bersama Gladbach sehingga tahun 2015 dan dilaporkan mencecah €18 juta.

Borussia Dortmund

Musim 2012–13

Pada 4 Januari 2012, Reus menandatangani kontrak ke bekas kelab, Borussia Dortmund dengan bayaran perpindahan sebanyak €17.1 juta. Beliau menandatangani kontrak lima tahun sehingga Julai 2017. Reus secara rasminya kembali semula ke Dortmund pada 1 Julai 2012. Reus bermain perlawanan debutnya pada 24 Ogos, mana beliau sempat menjaringkan gol ketika melengkapkan kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen.

Pada 29 September, Reus menjaringkan dua gol untuk Dortmund semasa menang besar 5-0 ke atas bekas kelab beliau, [Borussia Mönchengladbach]]. Dengan perlawanan itu, Dortmund diletakkan di tangga teratas liga menerusi lima perlawanan.

Pada 3 Oktober, Reus menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga Juara-Juara menentang Manchester City, seri 1-1. Beliau juga menjaringkan gol pembukaan untuk juara Jerman ketika seri 2-2 menentang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada 6 November, beliau menjaringkan gol dengan menyepak voli ke arah gawang Real.

Pada 16 Februari 2013, Reus menjaringkan gol hatrik ketika menentang Eintracht Frankfurt. Pada 11 Mei, Reus menjaringkan gol lewat perlawanan menentang Wolfsburg dan berjaya membantu Dortmund seri pada perlawanan itu selepas ketinggalan dua gol.

Musim 2013–14

Reus beraksi untuk Borussia Dortmund pada 2013

Pada 27 Julai 2013, beliau menjaringkan gol pada perlawanan akhir DFL-Supercup menentang pesaing Bayern Munich, Dortmund menang 4-2 dan merangkul trofi kejuaraan.

Pada 25 Februari 2014, Reus menjaringkan gol untuk memberi kelebihan kepada Dortmund menang 4-2 ke atas Zenit pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara. Pada 29 Mac 2014, Reus menjaringkan hatrik ketika menang 3-2 ke atas Stuttgart di Bundesliga. Pada 8 April 2014, Reus menjaringkan dua gol pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, tetapi Dortmund tersingkir daripada kejohanan selepas kalah menerusi agregat 3-2.

Musim 2014–15

Pada September 2014, beliau dilanda kecederaan buku lali. Pada 22 Oktober 2014, Reus kembali daripada kecederaan dan menjaringkan sebuah gol dan satu hantaran ketika menang selesa 4-0 ke atas Galatasaray pada aksi Liga Juara-Juara.

Pada 10 Februari 2015, Reus menandatangani lanjutan kontrak bersama Dortmund sehingga tahun 2019.

Rujukan

WikiPedia: Marco_Reus http://www.bundesliga.com/en/liga/clubs/borussia-d... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/feature/_/id/1140636/... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://uk.soccerway.com/players/marco-reus/55626/ http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.bvb.de/Mannschaften/Profis/Marco-Reus http://team.dfb.de/de/das-team/page/de/das-team/mi... http://www.kicker.de/news/fussball/bundesliga/vere... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Marco_...